Berkawan Rapat Dengan Anak Perdana Menteri? Neelofa Kongsi Momen Makan Malam Di Shanghai

AKTRES dan pengacara popular Neelofa kini masih berada di Shanghai selepas memenuhi jemputan menghadiri pertunjukan fesyen jenama pakaian dalam terkenal Victoria’s Secret.

Jika anda mengikuti laman Instagramnya pasti dapat lihat Neelofa tidak lokek berkongsi pengalamannya menyertai pertunjukkan fesyen berprestij itu selain turut memuat naik pemandangan indah di kota Shanghai.

 

Namun dalam banyak perkongsian itu, satu perkongsian yang mendapat perhatian ramai netizen apabila Neelofa berkongsi momen dia makan malam bersama anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Ashman Najib.

Menurutnya, makan malam itu dirancang dalam masa singkat dan spontan sahaja.

Loading...

Mereka menikmati makan malam di restoran bernama Hakkasan dengan permandangan dermaga di tengah Bandar Shanghai yang dikelilingi bangunan pencakar langit. Memang menakjubkan!

Pelbagai spekulasi mula dibuat oleh netizen mengenai hubungan antara mereka berdua sama ada hubungan istimewa atau sekadar kawan biasa.

Apapun, kita doakan yang terbaik buat artis kesayangan ramai itu.

Fakta yang tidak dapat dinafikan, Neelofa telah meraih banyak pencapaian sebagai seorang ahli perniagaan dan ikon kepada generasi muda sepanjang tahun ini, semoga terus maju jaya!

Sumber Klick

 

 

Loading...
Shares