Baru 2 Tahun Tetapi Sudah Memikul Tanggungjawab Besar Menjaga 17 Ekor Kucing! Kanak-Kanak Penyayang!

Sam hanyalah seorang kanak-kanak lelaki yang baru menjangkau usia dua tahun namun, kesanggupannya memikul tanggungjawab dalam menjaga kebajikan 17 ekor kucing peliharaan adalah satu pencapaian yang wajar dibanggakan!

Kira-kira enam bulan lalu, Lacey seorang ibu muda dari California mula membawa pulang beberapa ekor anak kucing ke rumah setelah rakan sekerjanya memberi galakan.

“Saya dan kakak membesar sambil dikelilingi haiwan dan kami sangat sukakan haiwan. Saya mahu anak-anak saya juga dikelilingi haiwan dan selesa apabila tinggal bersama”.

“Saya ada seekor kucing di rumah namun ianya tidak mencukupi,” kata Lacey kepada Love Meow.

Loading...

Justeru, pada awal bulan Jun lalu, Lacey memutuskan untuk memelihara beberapa ekor anak kucing comel yang diambil dari Cat House On the Kings yang terletak di Parlier, California. Ternyata, Lacey sangat teruja dengan pembuatan keputusan tersebut!

Kegembiraan Lacey semakin meningkat apabila anaknya, Sam juga kelihatan sangat teruja ketika melihat anak-anak kucing itu.

“Matanya bersinar. Kami tahu Sam sedang meneliti kucing dalam versi yang lebih kecil itu”.

Malah, budak kecil ini turut mengejutkan ibunya dengan kelembutan ketika dia memegang salah seekor anak kucing tersebut.

“Sam mengusap kucing dengan hanya satu jari. Dia tahu haiwan itu masih kecil”.

Semenjak itu, semua ahli keluarga Lacey memainkan peranan masing-masing dalam memelihara serta menjaga kebajikan kucing-kucing di rumah mereka.

Tambah Lacey, “Setiap kali kami memelihara anak kucing baru, Sam akan memuji-muji kecomelan anak kucing itu dan mengusap dengan jari kecilnya”.

“Apabila anak-anak kucing ini memanjat badannya, dia akan berkata bahawa kucing-kucing ini sukakanya”.

Sam begitu menyayangi dan suka bermanja dengan kucing-kucing peliharaan keluarganya. Salah satu aktiviti kegemaran Sam adalah untuk meletakkan anak-anak kucing di bawah selimut.

“Sam sangat membantu. Dia memberikan makanan, mengisi bekas minuman, bermain bersama dan memberikan pelukan kepada anak-anak kucing ini”.

Minat dan kecintaan Sam terhadap kucing semakin membuak-buak apabila Lacey membawanya ke Cat House on the Kings untuk menghabiskan masa bersama kucing-kucing di situ.

Lihat video comel di bawah dan klik ‘Like’ jika anda terhibur dengannya.

Sumber: Love Meow via EraBaru

Loading...
Shares