Awasi haiwan peliharaan anda daripada makanan bertoksik tidak dijangka seperti ini.

Jika anda seorang pencinta haiwan terutamanya kepada haiwan peliharaan anda sendiri, anda pasti tahu bahawa mereka sangat suka mengunyah apa sahaja benda di rumah! Dalam sekelip mata sahaja, anda melihat baju kegemaran anda terkoyak digigit olehnya. Ia tidak dapat dielakkan kerana begitulah naluri haiwan sebenarnya. Mereka sangat comel kerana inginkan perhatian sebegitu rupa! Itulah sebab anda perlu memastikan kawasan rumah anda sentiasa kemas, lebih-lebih lagi jika anda membela haiwan di rumah. Hal ini kerana, ramai orang yang tidak tahu dan menyedari bahawa barangan dan makanan di rumah kita sebenarnya agak merbahaya kepada haiwan. Kami ada senaraikan 10 jenis makanan bertoksik buat haiwan, yang anda sendiri tidak tahu pun.

10. Coklat

Kredit: Pixabay

Mungkin ada segelintir daripada kita yang sudah tahu akannya, terutamanya pemilik anjing. Coklat mengandungi theobromine dan kafein. Kedua-dua komponen utama tersebutlah yang membuatkan badan anda sangat bertenaga. Kandungan yang berlebihan akan mengakibatkan lebihan ransangan terhadap otot, cirit-birit dan kegagalan fungsi hati. Namun, tubuh manusia sangat efisyen dalam meleraikan komponen ini. Malangnya, tubuh haiwan seperti anjing tidak berupaya meleraikannya.

9. Bawang merah

Kredit: Pixabay

Bawang merah juga merupakan sayuran yang berbahaya kepada haiwan peliharaan anda. Hal ini kerana ia mengandungi N-propyl disulfide dan sodium n-propylthiosulfate, di mana ia mengurangkan kandungan glutathione di dalam tubuh anda, serta meningkatkan tahap toksik hidrogen peroksida. Proses ini akan memungkinkan terjadinya anemia dan kegagalan fungsi organ. Tubuh manusia lazimnya berupaya menangkis situasi itu daripada berlaku. Hal ini berbeza dengan haiwan, terutamanya kucing kerana mereka terdedah dengannya.

8. Kacang macadamia

Kredit: Pixabay

Ia merupakan snek yang kaya dengan mineral, antioksidan, dan pelbagai lagi. Ada juga daripada kita yang beranggapan bahawa ia sangat berkhasiat kepada haiwan peliharaan. Malangnya, ia tidak begitu. Pakar masih lagi tidak mengetahui sebab kacang ini bertoksik kepada anjing. Namun, terdapat teori yang mengatakan ia berpunca daripada kaedah pembuatan dan pengilangan snek berkenaan.

7. Anggur dan kismis

Kredit: Pixabay

Sama juga seperti kacang macadamia, anggur dan kismis ini berbahaya kepada anjing. Kajian masih gagal lagi mengetahui sebab ianya berbahaya namun telah disahkan bahawa anggur dan kismis ini mengakibatkan kegagalan fungsi buah pinggang yang akut kepada anjing. Simptom lain termasuklah muntah, kehilangan selera makan, cirit-birit, dan penghasilan urin yang sedikit. Apa yang mengejutkan, kesan buah ini adalah lebih teruk jika dibandingkan dengan kacang macadamia. Jika anda mendapati anjing anda telah pun memakan buah ini, segeralah bawa anjing anda ke pusat veterinar berdekatan, kerana jika buah pinggangnya rosak, maka peluangnya untuk hidup adalah tipis. Buah anggur yang tidak berbiji juga merbahaya kepada anjing ya! Jadi, anda dinasihatkan untuk mengawasi anjing anda.

6. Manisan

Jika anda bercadang untuk menggantikan coklat dengan gula-gula, segera batalkan niat anda! Xylitol, iaitu gula beralkohol lazimnya didapati di pada produk gula-gula dan gula-gula getah di pasaran. Kompaun ini akan merangsang pelepasan insulin apabila ditelan oleh binatang peliharaan, terutamanya anjing. Peningkatan mendadak insulin di dalam badan anjing akan menyebabkan terjadinya hypoglycemia, di mana tahap gula di dalam darah adalah rendah, mengakibatkan anjing muntah, mencetuskan sawan dan hilang keseimbangan.

5. Bunga lili

Kredit: Pixabay

Mungkin pencinta kucing ramai yang tahu bahawa tabiat kucing sememangnya suka menghidu dan memakan tumbuhan. Apa yang mengejutkan, bunga yang indah ini sebenarnya mengakibatkan malapetaka besar kepada kucing kesayangan anda. Menurut listverse.com, terdapat beberapa spesis bunga lili yang sangat beracun kepada kucing. Jika tertelan, kucing anda akan muntah, kemurungan yang tidak normal dan dehidrasi. Antara spesis lili yang dimaksudkan adalah Easter, Tiger dan Asiatic lily. Dikatakan bahawa racun bunga ini akan mengakibatkan kegagalan fungsi buah pinggang.

Loading...

4. Avokado

Kredit: Pixabay

Buah ini mengandungi kompaun anti-kulat semula jadi yang dipanggil persin. Bahan ini sangat terkenal kerana ia boleh menjadikan nekrosis pada otot hati dan kalenjar susu pada mamalia. Kita sebagai manusia, yang merupakan salah satu daripada spesis mamalia, walau bagaimanapun boleh memakan buah ini tanpa mengalami sebarang kesan seperti yang dinyatakan di atas. Kucing dan anjing masih lagi selamat jika diberikan avokado. Buah ini hanya berbahaya kepada kuda, tikus, kambing biri-biri dan arnab.

3. Doh roti

Kredit: Pixabay

Doh yang belum dimasak mengandungi ragi boleh mengakibatkan keracunan pada anjing kesayangan anda. Apabila ditelan, suhu usus pada perut anjing mampu mengaktifkan sel ragi daripada doh roti berkenaan untuk memulakan proses penapaian bahan ethanol. Hal ini akan mengakibatkan karbon dioksida dan ethanol ini terbentuk melalui pemecahan gula di dalam tubuh anjing. Apabila ini berlaku, karbon dioksida pada doh berkenaan mampu membuatkan anjing anda mengalami kembung perut, lalu mengakibatkan sekatan gastik. Simptom lain termasuklah muntah, kadar jantung yang tinggi, hipotermia, kembung perut dan lemah badan.

2. Sagu

Kredit: Pixabay

Tanaman ini sememangnya terkenal sebagai dekorasi pada laman rumah yang bercirikan tropika. Malangnya, ia sebenarnya merbahaya kepada haiwan peliharaan. Hal ini kerana tanaman ini mengandungi komponen bertoksik dalam pelbagai darjah. Pemilik anjing khasnya perlu berjaga-jaga dengan toksik tanaman ini yang dikenali sebagai cyasin. Apabila dimakan, cyasin akan mengakibatkan kegagalan fungsi hati dan mutasi yang cukup berbahaya. Antara simptom lain termasuklah muntah, kerap kencing, lebam, berdarah, dan sawan.

1. Kunang-kunang

Kredit: iStockphoto

Buat pemilik haiwan reptilia, kunang-kunang adalah salah satu serangga yang tidak boleh diberikan kepada binatang peliharaan anda sebagai makanan! Hal ini disebabkan oleh badan kunang-kunang ini dilengkapi dengan racun yang dinamakan lucibufagins. Kandungan ini boleh membawa maut kepada binatang peliharaan anda seperti sesumpah, iguana dan sebagainya. Simptom keracunan lucibufagins adalah seperti muntah, kulit menjadi gelap, dan kematian jika ia tidak dirawat.

Sumber EraBaru

Loading...
Shares