Anda pasti kagum dengan makanan yang disediakan oleh sebuah hospital di Jepun. Ia benar-benar di luar kebiasaan

Kita selalu dikhabarkan makanan yang paling tidak enak ialah makanan hospital kerana dikatakan rasanya tawar dan tidak menyelerakan. Tetapi berlainan pula pengalaman seorang wanita yang bersalin di sebuah hospital di Jepun. Sepanjang berada di wad bersalin, dia telah dihidangkan dengan menu yang sungguh lazat. Mungkin lebih lazat daripada makanan restoran yang pernah kita kunjungi.

Wanita tersebut telah memuat naik hidangan yang menyelerakan itu sehingga menjadi tular di internet. Mana tidaknya, rata-rata netizen terkejut dan kagum dengan makanan hospital dari negara matahari terbit itu dan ada bakal ibu yang berhasrat untuk bersalin di Jepun. Tidak kurangnya netizen lelaki yang mahu dirawat di hospital Jepun jika mengalami kecederaan.

Mari lihat 12 hidangan makanan yang telah dikongsi oleh wanita tersebut.

#1 Omuraisu (nasi goreng yang dibungkus dengan telur), salad makaroni, sup ayam, sotong goreng bentuk cincin, buah dan teh hijau

#2 Pasta cendawan, salad kentang, brokoli dan salad dendeng khinzir, sup ayam, buah, roti dan teh hijau

#3 Jejari ayam dengan salad kubis yang dicincang, peria goreng, tauhu Agedashi, salad lobak, nasi dan sup Miso (sup tradisional masyarakat Jepun)

Loading...

#4 Ikan salmon, tauhu, salad bayam, natto (makanan tradisional Jepun yang dibuat daripada kacang soya), sup Miso, nasi dan susu

#5 Ikan goreng dengan sos tartar, kentang yang direneh, salad rumpai laut, bayam dan lobak goreng, nasi dan teh hijau

#6 Camembert (sejenis keju) dan kismis, daging panggang, kentang putar, labu, sup akar teratai, sup jagung, nasi, salad, tiramisu, buah, jus oren dan teh hijau

#7 Ayam dengan sos cendawan, labu reneh dan daging khinzir, salad lobak putih, nasi, sup Miso dan chawanmushi (kastard telur kukus)

#8 Ikan kod, salad kubis yang dicincang, salad pasta, keledek dan kacang pis, nasi dan teh hijau

#9 Ikan salmon dengan sos cendawan, mee Soba, nasi, terung dan daging, brokoli dan salad Hijiki

#10 Ikan makarel, salad Konbu (sejenis rumpai laut), natto, salad bayam, sup Miso, nasi, susu dan teh hijau

#11 Sayur reneh, niku jaga (daging dan kentang), timun dan salad jagung kecil, nasi, sup Miso dan teh hijau

#12 Sea bream (sejenis ikan), salad pasta, bebola ayam, jeruk Daikon, nasi, sup Miso, Chawanmushi dan teh hijau

Semua hidangan tersebut nampak sungguh menyelerakan bukan? Jika anda pernah dimasukkan ke hospital dan menikmati hidangan hospital tersebut, pasti anda dapat melihat perbezaannya.

Sumber EraBaru

Loading...
Shares