Ajak Shiro Sering Terima Gambar Lucah, Nasib Baik Isteri Tidak Melenting

Kalau sudah namanya figura awam, pasti akan berdepan dengan pelbagai karenah peminat. Nak tak nak kenalah terima.

Bayangkanlah kalau seseorang artis itu mempunyai berjuta peminat di laman sosial, pasti pening melayan karenah masing-masing.

Itu belum termasuk para ‘haters’ lagi. Mahu demam dibuatnya. Namun, sebagai artis perkara sebegini sudah lumrah kehidupan mereka.

Itulah yang terjadi kepada pelawak dan juga penyampai radio, Ajak Shiro apabila berkongsi cerita yang boleh dikatakan agak ‘seram’.

 

Menurut Ajak, dia sering kali menerima gambar lucah daripada peminat wanita yang cuba menggodanya di Instagram. Untuk pengetahuan anda, Instagram Ajak mempunyai 1.8 juta pengikut.

Nasib baiklah Instagramnya dijaga oleh isteri, Afifah Amin. Malah, isterinya sering kali menunjukkan gambar-gambar serta mesej yang bukan-bukan daripada peminat wanita.

Loading...

 

 

“Nasib baik isteri yang jaga akaun Instagram saya, kalau tidak ‘naya’ juga. Setiap kali terima gambar bukan-bukan, isteri akan tunjuk kepada saya, cuma dia akan tutup wajah dan nama akaun.

“Saya anggap itu perkara normal yang dilalui oleh mana-mana artis tak kira lelaki atau wanita, Nasib baik isteri tak melenting,” ujarnya.

Lihat, zaman sekarang baik lelaki atau perempuan sama sahaja sudah hilang sifat malu pada diri! Jadi, bukan senang nak jadi figura awam kerana banyak dugaan dan godaannya.

Andai tidak kuat, maka terjadilah kes macam sesetengah artis lelaki yang terpalit dengan kontroversi melibatkan hubungan bersama peminat.

Sumber Klick

Loading...

One thought on “Ajak Shiro Sering Terima Gambar Lucah, Nasib Baik Isteri Tidak Melenting

Comments are closed.

Shares