Ahli arkeologi menemui pedang berusia 2,300 tahun yang masih berkilat dan boleh membunuh

Ahli arkeologi China terkejut dengan penemuan terbaru mereka apabila mereka menemui sebilah pedang yang berada dalam keadaan sempurna.

Pedang tersebut telah berusia 2,300 tahun tetapi masih dalam keadaan baik, berkilat dan tajam.

Senjata tradisi China itu telah dijumpai di dalam sebuah keranda di Wilayah Henan di tengah China, di mana ketamadunan China dicatatkan bermula di situ.

Pedang yang dijumpai oleh ahli arkeologi dari Henan Provincial Institute of Cultural Relics and Archaeology, dipercayai dari zaman peperangan dan negara bergolak di China sekitar (475 Sebelum Masihi – 221 Sebelum Masihi).

Senjata itu berada di sebelah kiri keranda pemiliknya, iaitu di sebelah tangan kirinya.

Loading...

Selepas secara berhati-hati mengambil pedang tersebut dari keranda itu, ahli arkeologi membersihkan luaran pedang sebelum mencabut sarung pedang tersebut dan mendapat tahu bahawa pedang tersebut masih berkilat dan tajam.

Semua pakar yang melihat senjata tersebut terkejut dengan kondisinya yang kelihatan masih baru.

Seorang staf merakamkan saat dua ahli arkeologi mengeluarkan pedang daripada sarungnya dan rakaman berdurasi 12 saat itu telah dimainkan sebanyak 9 juta kali.

Wu Zhijiang, ketua pasukan bagi Henan Provincial Institute of Cultural Relics and Archaeology, merupakan antara individu yang menarik keluar pedang tersebut dari sarungnya.

Encik Wu memberitahu MailOnline bahawa ianya bukanlah perkara luar biasa melihat senjata yang disimpan rapi di kawasan tersebut.

Dia juga menjelaskan bahawa makam purba daripada Kerajaan Chu biasanya diuruskan dengan rapi dan selamat, menyebabkan tiadanya ancaman persekitaran lembap luar, jadi senjata tidak akan mudah teroksida dan karat.

Ahli pakar masih lagi tidak dapat memastikan identiti individu yang berada di dalam keranda tersebut.

Sumber: Era Baru

 

Loading...
Shares