Aeril Minta Maaf Andai Buat Anaknya Terpesong Akidah

BEBERAPA hari yang lalu, kecoh di laman sosial kisah netizen berlagak seperti alim ulama apabila mengecam pelakon Aeril Zafrel kerana membiarkan anak perempuannya, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa bergambar dengan pokok Krismas.

Dia nyanyi apa ni?? Satu apa aku tak paham

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on Dec 12, 2017 at 12:21am PST

Pelbagai kecaman dilemparkan sehingga ada yang mendakwa bergambar dengan pokok Krismas boleh memesongkan akidah.

Tersentak dengan kecaman demi kecaman sehingga berlakunya perbalahan sesama netizen, akhirnya Aeril memuat naik kenyataan terbaharunya hari ini.

Menurut Aeril dia meminta maaf andainya telah memesongkan akidah anak sendiri.

“Saya minta maaf ya kalau disebabkan gambar anak saya bergambar dengan pokok Christmas ini boleh terpesong dari agama. Untuk pengetahuan pokok Christmas itu bukan di rumah saya. Pokok itu kami jumpa di hotel tempat kami menginap,” jelasnya.

Loading...

Ada sahaja yang tidak kena di mata netizen namun apabila babitkan hukum agama eloklah ianya dirujuk kepada yang mereka yang arif tentangnya.

Tak kiralah jika mahu beri komen mahupun menjawab tentang hukum hakam agama, pastikan betul-betul tahu apa yang dikongsikan itu dan tak guna logik akal semata-mata kerana jika tersilap, ramailah yang bakal sesat bersama kita. Fikir-fikirkan.

Loading...
Shares