9 Perkara yang akan membuatkan anda tertunduk menyesal dalam masa 10 tahun akan datang

Anda fikir hidup anda cukup sempurna sekarang? Anda pasti apa yang sedang anda lakukan sekarang adalah perkara yang terbaik yang tidak akan membuatkan anda menyesal kelak? Sejauh manakah anda yakin bahawa hidup anda akan berada jauh lebih baik 10 tahun akan datang?

Semua soalan itu pastinya akan membuatkan anda termenung sejenak, memikirkan dalam-dalam tentang apa yang sedang berlaku. Jangan khuatir semuanya masih di bawah kawalan, anda masih boleh mengubahnya.

Tetapi, adakah anda sedar bahawa anda perlu mengubah beberapa perkara supaya anda tidak akan menyesal kelak? Ini dia beberapa perkara yang akan membuatkan anda menyesal nanti jika anda mula mengubahya bermula dari sekarang…

Kredit: pixabay

1. Terlibat dalam hubungan yang merosakkan

Ramai orang terlibat dalam hubungan yang merosakkan kerana mereka takut untuk bersendirian. Tetapi selepas berpuluh-puluh tahun barulah mereka sedar bahawa adalah lebih baik jika mereka hidup bersendirian daripada hidup dengan seseorang yang akhirnya akan membuatkan kita kecewa, sakit dan hidup dalam rasa serba salah.

2. Tidak meluangkan masa untuk orang tersayang 

Loading...

Kerana kesibukan dengan tugas-tugas di rumah dan kerja-kerja di tempat kerja telah membuatkan ramai antara kita yang kurang memberi perhatian kepada insan-insan yang kita sayangi. Perkara ini telah membuatkan kita terleka dengan perkembangan anak-anak sehingga ada antara mereka yang mula membesar dan mula hidup berdikari. Hubungan dengan pasangan juga semakin hambar kerana kegagalan kita meluangkan masa buat mereka.

3. Terlalu banyak buang masa

Menonton rancangan TV, berbual dalam rangkaian sosial, permainan di telefon – semuanya mengambil masa yang cukup lama. Alangkah baiknya jika anda menggunakan masa terluang dengan kerja-kerja berfaedah yang dapat menigkatkan kualit hidup.

4. Mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat

Kita merosakkan kesihatan kita dengan tabiat makan yang buruk setiap hari tanpa kita sedari. Kesihatan kita mungkin masih berada dalam keadaan yang baik sekarang, tetapi kita kena segera sedar, renung seketika apakah akibat yang akan kita alami kelak.

Kredit: pixabay

5. Tidak keluar mengembara dunia

Ada antara kita yang sebenarnya tidak pernah bermimpi untuk mengembara. Ramai antara kita yang memikirkan akan keselesaan sehingga menyebabkan mereka akhirnya membatalkan niat untuk keluar mengembara.

6. Terlalu banyak bekerja

Selalunya orang yang terlalu banyak bekerja tidak mempunyai kepentingan lain. Kerja adalah penting, tetapi jangan lupa untuk berehat dan mengambil cuti apabila perlu.

7. Berhenti belajar perkara baharu

Ramai orang percaya bahawa satu ijazah sudah mencukupi. Benar, tetapi adalah lebih baik jika anda memiliki lebih. Kini, pembangunan yang berterusan membawa bukan sahaja lebih banyak peluang untuk pertumbuhan profesional tetapi juga meningkatkan keyakinan diri, menujukkan bahawa anda memiliki sesuatu yang menarik.

Kredit: pixabay

8. Melakukan pekerjaan yang anda sendiri tidak suka 

Kita masih terus bekerja di tempat kerja kita, melakukan kerja-kerja yang tidak kita gemari kerana bimbang untuk keluar dari zon selesa kita. Kita juga tidak berani mengambil risiko dalam melakukan perubahan dalam hidup.

9. Hanya berangan-angan tetapi tidak berusaha

Jika anda kita mengambil apa-apa tindakan, kesemua angan-angan dan impian anda tidak akan pernah menjadi realiti dan hanya kekal sebagai fantasi. Jika anda menunggu sehingga semuanya sempurna untuk memulakan langkah, anda mungkin tidak akan pernah memiliki peluang.

Sumber: Era Baru

Loading...
Shares