5 perkara yang tidak boleh dilakukan jika anda berada di negara lain

5 perkara yang tidak boleh dilakukan jika anda berada di negara lain

Budaya adalah berlainan antara sebuah masyarakat dengan masyarakat yang lain. Kadangkala sesuatu perlakuan itu dianggap normal bagi masyarakat kita tetapi dianggap menghina bagi masyarakat lain.

Jika dilihat dalam konteks Malaysia yang terdiri daripada tiga kaum majoriti iaitu Melayu, Cina dan India, kesemuanya mempunyai kepelbagaian budaya yang unik. Misalnya dari segi budaya makan. Masyarakat Melayu dan India makan dengan menggunakan tangan kanan tetapi tidak bagi masyarakat Cina yang makan dengan menggunakan penyepit.

Jika anda tidak menyediakan penyepit ataupun sudu kepada tetamu Cina dalam sebuah jamuan makan dan membuatkan mereka makan dengan menggunakan tangan, ianya pasti akan menimbulkan sedikit kesukaran kepada mereka dan rasa tidak selesa.

Lihat 5 contoh lain yang melibatkan beberapa perkara yang tidak boleh dilakukan di sebilangan negara.

#1 Berikan makanan dalam kuantiti yang sederhana atau sedikit kepada orang Amerika

Kredit: We Heart It

Loading...

Masyarakat Amerika sememangnya terkenal dengan mentaliti ‘Go Big or Go Home‘. Sementara masyarakat lain lebih menekankan kepada aspek praktikal, kompak dan tidak mahukan pembaziran, warga Amerika pula lebih cenderung ke arah sesuatu yang mewah.

Justeru, kebanyakan restoran akan menghidangkan makanan bersaiz besar dan bukannya ‘cukup-cukup makan’.

#2 Jangan minta pelayan tambahkan keju ke dalam pasta makanan laut anda

Kredit: Food Republic

Salah satu etika kulinari Itali tradisional adalah, mereka tidak akan sesekali mencampurkan keju dengan makanan laut. Walaupun terdapat banyak makanan yang berunsurkan keju dan makanan laut seperti hidangan ricotta dengan ikan, ianya dianggap sebagai avant garde (generasi lama tidak akan menyentuh makanan seperti itu).

Mencampurkan keju dengan makanan laut dianggap sebagai ‘dosa’, malah perbuatan memotong spageti dengan menggunakan garfu atau pisau juga dianggap perbuatan hina oleh orang Itali.

#3 Jangan memakai kasut di dalam rumah atau sekolah orang Jepun

Kredit: Niseko Projects

Peraturan asas dalam masyarakat Jepun adalah anda dilarang sama sekali untuk memakai kasut di dalam rumah dan juga bilik darjah atas faktor kebersihan.

Kebanyakan rumah mempunyai rak kasut kecil dikenali sebagai genkan di mana kasut akan diletakkan dan individu perlu memakai selipar rumah.

#4 Memberi orang Mexico makanan yang tidak pedas

Kredit: Deep-Fry

Orang Mexico sangat sukakan kepedasan yang maksimum. Jika anda pergi ke pasar, anda boleh melihat lambakan pelbagai jenis cili seperti ancho, serrano, habanero, poblano, jalapeno dan sebagainya.

Boleh dikatakan mereka tidak boleh hidup jika tiada cili dalam masakan mereka. Malah, ketika menyediakannya, mereka akan memakai sarung tangan supaya tidak berasa pijar. Walau pedas macam mana sekali pun, mereka tetap sukakan cili di dalam makanan.

#5 Jangan sesekali menggunakan tangan kiri di India

Kredit: detikFood

Di India, masyarakat mereka akan menggunakan tangan kanan dalam apa jua perkara. Sama ada hendak memberikan barangan, makan, duit dan lain-lain, hanya tangan kanan sahaja yang boleh melakukannya.

Jadi, jangan sesekali memberikan sesuatu kepada orang India dengan tangan kiri anda!

Sumber: Era Baru

Loading...
Shares