5 Kes Jenayah Yang Dilakukan Selepas Kena ‘Unfriend’ di Facebook

Kena unfriend di Facebook? Adakah anda mengambil serius perkara tersebut atau hanya menepisnya, kerana isu itu hanyalah mainan media sosial? Tidak kiralah apa saja reaksi anda, pastikan yang anda tidak keterlaluan dalam menyuarakan ketidak puashatian anda selepas dibuang daripada senarai kawan Facebook. Berikut adalah 5 kes paling menyedihkan yang berlaku angkara kes unfriend di Facebook, yang bukan saja menyebabkan kecederaan, malahan mendatangkan kematian pada orang lain.

1. Wanita bakar rumah selepas kena unfriend

bakar rumah unfriend facebook

Jennifer Chrsitine Harris, seorang  guru berusia 30 tahun, ditahan pihak berkuasa Iowa, Amerika Syarikat selepas didapati dengan sengaja, membakar sebuah rumah  milik seorang wanita yang membuang Jennifer daripada senarai rakannya di Facebook.

Semuanya berpunca apabila Jennifer berbalas-balas komen dengan rakannya bernama Nikki Rasmussen di Facebook. Mungkin berang dengan komen pedas Jennifer, Nikki bertindak membuang Jennifer dan menyenarai hitamnya daripada senarai rakannya.

Ini membuatkan Jennifer bertindak balas dengan membakar rumah Nikki. Nikki bernasib baik berjaya menyelamatkan diri dan keluarganya selepas bunyi letupan pada bumbung garaj yang runtuh mengejutkan mereka dari tidur, pada jam 1 pagi.

Perlu diberitahu, Jennifer adalah pengapit kepada Nikki ketika Nikki berkahwin dengan suaminya.

2. Bapa penyayang yang membunuh pasangan yang unfriend anaknya

mangsa pembunuhan lepas unfriend facebook

Janelle Porter, seorang wanita 30 tahun mengalami nasib dibuang daripada senarai kawannya, pasangan Billie Payne Jr. dan temannya Billie Jean Hayworth. Marvin Potter, ayah Janelle yang berusia 60 tahun serta bekas teman lelaki Janelle bernama Jamie Lynn Curd telah pergi ke rumah Billie Payne, lalu membunuh mereka berdua dengan tembakan senapang patah di kepala. Anak pasangan itu, seorang bayi lelaki berumur 7 bulan bernama Tyler, dibiarkan sahaja dalam pelukan ibunya berlumuran darah.

Loading...

Kejadian itu berpunca daripada rasa iri hati Janelle yang telah lama menyukai Billie Payne Jr. dan dia tidak dapat menerima hakikat, lelaki idamannya itu telah pun bercinta dengan orang lain. Janelle menceritakan pelbagai kisah bohong pada Marvin, mengatakan Billie Payne Jr. suka mengugut beliau di Facebook, sebelum Marvin membuat tindakan drastik membunuh pengacau anaknya itu.

3. Gantung diri selepas kena unfriend

simon foxley bunuh diri unfriend

Simon Foxley adalah seorang lelaki Britain berumur 21 tahun, berasal dari Gloucestershire. Dia memberitahu perasaan suka pada seorang gadis melalui Facebook, namun dia hanya bertepuk sebelah tangan. Gadis tersebut yang tidak dikenali membuang Simon daripada senarai kawan Facebook beliau.

Simon cuba memujuk gadis itu untuk menerima beliau namun usahanya gagal, sehinggalah gadis itu tidak tahan dan menghantar mesej balas pada Simon untuk “pergi mati.” Itulah yang dilakukan oleh Simon selepas dirinya ditemui tergantung oleh ayahnya di laman rumah mereka.

Simon sempat menulis nota menyatakan kekecewaannya ditolak gadis tersebut dan mengucapkan selamat tinggal kepada mereka yang dia tinggalkan.

4. Transgender yang menyerang teman lelakinya selepas kena unfriend

william arriesgado bunuh unfriend

William Hanz De Veyra Arriesgado atau lebih senang dipanggil William, adalah seorang lelaki transeksual berumur 25 tahun yang sudah pun selesai menukar jantinanya. William seorang rakyat Filipina bercinta dengan seorang lelaki Australia bernama Colin Peady, berumur 47 tahun.

Mendapati dirinya dibuang daripada senarai kawan di Facebook serta perubahan status Colin yang sudah diisytiharkan ‘single’, mereka berdua bertengkar di sebuah pub di Duxton Road, Changi, Singapura sebelum Colin meninggalkan William di situ.

William menjejaki Colin ke rumahnya dan memujuk Colin untuk membenarkan beliau masuk. Keadaan kembali tenang sebelum pertengkaran kembali tercetus, menyebabkan William menyerang Colin dengan pisau sepanjang 20 cm, mengakibatkan 16 kesan tikaman pada badan Colin.

5. Bunuh ayam peliharaan selepas kena unfriend

shane barrett bunuh unfriend

Lain pula ceritanya dengan kisah Tanya Vincent, seorang pencinta binatang. Dia berjaya menyelamatkan 4 ekor ayam telur yang hendak disembelih lalu membawa ayam-ayam tersebut pulang ke rumahnya. Ayam yang diberi nama Queenie, Shy, Dancer dan Rosie itu menjadi haiwan kesayangan Tanya.

Dalam Facebook, Tanya berkawan dengan seorang lelaki bernama Shane Barrett, individu tiada rumah yang hidup merata-rata tempat. Atas sebab-sebab yang tidak diketahui, Tanya membuang Shane daripada senarai rakan Facebook beliau.

Mendapati dirinya dibuang Tanya, Shane bertindak balas dengan pergi ke rumah Tanya lalu memenggal kepala Queenie, Shy dan Dancer, sementara Rosie pula cedera teruk. Badan dan kepala ayam-ayam itu diletakkan di depan pintu rumah Tanya sebagai tanda protes.

Shane didapati bersalah lalu dijatuhkan hukuman penjara 9 bulan atas kesalahan itu.

Sumber iluminasi

Loading...
Shares