5 Cara Nampak 10 Tahun Lebih Muda Tanpa Menggunakan Botox

Wanita hari ini lebih suka mengambil jalan pintas dan mudah untuk mendapatkan wajah cantik dan awet muda.

Sekarang ni ada bermacam produk dipasaran untuk membuatkan wajah lebih cantik seperti suntikan botox atau pembedahan plastik.

Tapi sebenarnya ada cara mudah dan paling selamat untuk dapatkan kulit cantik dan muda tanpa kesan sampingan.

1. KURANGKAN PENGAMBILAN GULA

Penyelidikan yang diterbitkan di dalam National Center for Biotechnology Information mendedahkan, gula adalah makanan paling teruk untuk kulit anda kerana ia menyebabkan keradangan dan mengurangkan kolagen kulit yang mengakibatkan kulit kendur.

2. MAKANAN LEMAK SIHAT & PROTEIN

Tubuh memerlukan lemak dan protein untuk membuat kulit lebih sihat. Lemak yang dimaksudkan ialah lemak sihat yang diperoleh dari ikan, makanan laut, minyak zaitun, dan kacang. Lemak ini mengurangkan keradangan dan melembapkan kulit secara semulajadi.

3. SAYUR-SAYURAN & BUAH-BUAHAN SETIAP HARI

Loading...

Antioksidan mampu mencegah radikal bebas dalam kulit dengan mengamalkan buahan dan sayuran. Antioksidan dapat mencegah penuaan dan sel-sel kulit dapat tumbuh semula serta menjadikan kulit kelihatan muda.

4. MINUM AIR

Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari untuk menyingkirkan toksin supaya nutrisi yang baik dapat diserap oleh badan dan disalurkan ke kulit.

5. ELAKKAN ROKOK & ALKOHOL

Rokok dan alkohol hanya akan merosakkan badan dan mempercepat penuaan. Kajian itu juga mendedahkan bahawa kulit perokok adalah lebih kering, lebih banyak kedutan dan kusam.

Sumber Hanasuva

Loading...
Shares