20 Fakta Menarik Mengenai Samsung Yang Ramai Tak Tahu

Samsung kini adalah antara nama yang paling popular di dunia. Rata-rata orang mengenali syarikat konglomerat ini sebagai pengeluar barangan elektronik. Namun, terdapat banyak perkara tentang Samsung yang ramai tak tahu.

iluminasi.com ingin berkongsi 20 fakta menarik mengenai syarikat terkaya di Korea Selatan ini.

1. Bukan bermula sebagai pengeluar barangan elektronik

ibu pejabat pertama samsung

Syarikat Samsung yang terkenal sebagai pengeluar telefon pintar, bermula dengan nama Samsung Sanghoe pada tahun 1938. Syarikat yang diasaskan oleh Lee Byung-chul ini menjual ikan kering, dan barang runcit kepada penduduk tempatan di bandar Daegu. Samsung juga menghasilkan mee sebagai produk “flagship”nya.

Produk elektrik pertama Samsung dikeluarkan pada tahun 1970, iaitu TV hitam putih 12 inci.

2. Hampir semua peralatan Samsung dihasilkan sendiri

Dengan kebolehan dan teknologi yang ada, Samsung sangat fokus dalam menghasilkan komponen-komponen sendiri sebanyak yang mampu. Dianggarkan 90% daripada peralatan dihasilkan oleh kilang-kilang Samsung. Malah Samsung juga menghasilkan mikrocip untuk iPhone.

3. Jualan Samsung S3 menakjubkan

samsung s3 397

Ketika pelancaran Samsung S3, ia mendapat sambutan hangat di seluruh dunia. Pada satu ketika, dianggarkan sebanyak 500 unit S3 terjual hanya dalam masa seminit.

Loading...

4. Asal nama Samsung

Nama Samsung tiada kena mengena dengan pengasasnya iaitu Lee Byung-chul. Lee memilih nama Samsung yang membawa maksud 3 bintang, kerana mempunyai visi syarikat tersebut akan kekal abadi selamanya, seperti bintang-bintang.

logo samsungs

5. Logo Samsung

Sebelum logo Samsung kini digunakan bermula pada tahun 1993, Samsung mempunyai beberapa logo lain.

6. Pentingkan kualiti

Pada satu ketika, pengerusi Samsung, Lee Kun Hee yang berang akan kualiti telefon bimbit pertama Samsung, telah mengarahkan kakitangannya untuk melonggokkan 150,000 buah telefon dan mesin faksimili. Longgokkan tersebut dianggarkan bernilai lebih dari RM200 juta, kemudiannya dibakar di hadapan kakitangan Samsung, hanya ingin membuktikan bermulanya era produk berkualiti.

Kakitangan Samsung sejak itu dipaksa memakai headbands tertulis “Utamakan Kualiti”.

7. Syarikat paling banyak paten di dunia

Samsung Electronics adalah syarikat yang mempunyai paten paling banyak di dunia, iaitu melebihi 100,000 paten.

limbungan kapal samsung

8. Industri perkapalan

Selain daripada menghasilkan telefon pintar yang umum ketahui, Samsung juga beroperasi dalam industri perkapalan. Samsung menghasilkan lebih daripada 30 kapal besar setiap tahun.

9. Pekerja yang sangat ramai

Samsung mempunyai kakitangan yang tersangat ramai. Pada tahun 2013 sahaja, kakitangan Samsung adalah 460% daripada pekerja Apple, iaitu seramai 370,000 berbanding 80,000 kakitangan Apple.

10. Manfaat kakitangan

Antaraa manfaat kakitangan Samsung adalah akses pusat kecergasan di setiap tapak perniagaan, bantuan kondominium di pusat peranginan, tuisyen anak-anak dan bantuan pusat jagaan harian.

bajet pemasaran samsung

11. Bajet pemasaran yang besar

Nak tahu mengapa Samsung begitu popular di seluruh dunia? Ia adalah kerana teknik pemasarannya. Laporan menunjukkan peruntukan pemasaran oleh Samsung dalam pengiklanan melebihi gabungan peruntukan Apple, Coca-Cola, Dell, HP dan Microsoft, iaitu sebanyak RM50.48 billion setahun.

12. Bermula dengan hanya 2 pereka

Satu ketika dahulu, Samsung hanya mempunyai 2 pereka sahaja dalam keseluruhan syarikat. Kini, Samsung mempunyai lebih daripada 900 pereka sepenuh masa.

13. Bandar Digital Samsung

Samsung mempunyai antara kilang yang terbesar di dunia. Ibu pejabat Samsung beroperasi di kompleks yang dibina khas, yang diberi nama Bandar Digital. Kawasan keseluruhan Bandar Digital ini merentasi daerah, dan mempunyai keluasan hampir 250 kali ganda saiz padang bola.

bandar digital samsung

14. Antara pengeksport terbesar Korea Selatan

Sebagai sebuah syarikat konglomerat multinasional, dianggarkan sebanyak 15% daripada eksport Korea Selatan datang daripada Samsung Group.

15. Limbungan kapal yang sangat luas

Samsung memiliki limbungan kapal seluas 4 juta kaki persegi berkeluasan 5,204 kali ganda saiz padang bola, di bandar Geoje, . Ia digelar sebagai “Pusat pembinaan kapal paling efisyen di dunia”.

16. Pengerusi Samsung manusia terkaya di Korea Selatan

Pengerusi Samsung ketika ini, Lee Kun-hee, anak ketiga kepada pengasas Samsung, adalah orang terkaya di Korea Selatan. Malah, beliau dan keluarga merupakan antara keluarga yang terkaya di dunia.

lee kun hee

17. Deklarasi Frankfurt 1993

Pada tahu 1993, Lee Kun-hee yang berang dengan bahagian elektronik Samsung, telah membawa 200 eksekutifnya ke Frankfurt, Jerman selama 17 hari bagi memberikan kesedaran kepada mereka. Satu ucapan telah diberikan oleh Lee, yang digelar sebagai “Frankfurt Declaration Of 1993”. Dalam ucapan itu, beliau menyebut frasa popularnya, “Tukar segala-galanya, kecuali isteri dan anak-anak”.

“Kita tak akan bertahan tanpa perubahan yang menyakitkan. Syarikat dan negara maju akan mendominasi pasaran dalam 4 hingga 5 tahun akan datang,” katanya.

Program itu bukan sahaja telah mengubah keseluruhan struktur syarkat, malah menukarkan krisis kepada peluang.

18. Pengeluar telefon bimbit terbesar di dunia

Samsung Electronics telah mengatasi Nokia sebagai pengeluar telefon bimbit terbesar di dunia pada suku pertama tahun 2012.

19. Apple vs Samsung

Ketika Apple ingin menyaman Samsung, CEO Apple Inc ketika ini, tidak bersetuju dengan keputusan itu kerana Samsung memainkan peranan penting dalam membekalkan komponen utama produk Apple iaitu iPad dan iPhone.

20. Bina bangunan pencakar langit

menara dibina oleh samsung 107

Kebanyakan orang hanya mengenali Samsung sebagai pengeluar telefon pintar dan barangan elektronik yang lain. Namun, Samsung juga beroperasi dalam industri pembinaan. Samsung C&T Corporation adalah syarikat yang bertanggungjawab membina menara ke-2 untuk Menara Berkembar Petronas, menara Taipei 101, dan Burj Khalifa.

Menara Berkembar Petronas dan Taipei 101 pernah menjadi menara tertinggi di dunia, manakala Burj Khalifa adalah bangunan tertinggi di dunia ketika ini.

 

Sumber iluminasi

Loading...

One thought on “20 Fakta Menarik Mengenai Samsung Yang Ramai Tak Tahu

Comments are closed.

Shares