12 Rumah Berhantu Yang Tercantik Didunia, Sejarah Silamnya Akan Membuat Anda Merasa Seram

Terdapat beberapa kediaman bersejarah yang cantik di serata dunia ini yang memiliki sejarah paranormalnya yang tersendiri.

Dari sebuah rumah yang direka untuk menghalau hantu di San Jose, California, hinggalah ke hotel di Austin yang mempunyai bilik yang dihantui pasangan pengantin yang membunuh diri, lokasi berhantu ini terkenal kerana kisah silam dan reka bentuk bangunannya yang cantik.

Lihat senarai di bawah untuk melihat bangunan unik ini di mana para penghuninya tidak mahu meninggalkannya!

 

Istana Casa Loma, Toronto

Foto: Roberto Machado Noa

Istana milik usahawan bernama Henry Pellat ini siap dibina pada tahun 1914, siap dengan laluan dan pintu rahsia. Sejak beberapa tahun dahulu, terdapat khabar angin yang mengatakan adanya hantu berkeliaran di sini dan bangunan ini digunakan sebagai rumah hantu ketika sambutan Halloween.

Hotel Driskill, Austin, Texas

Foto: Hak milik the Driskill Hotel

Bangunan bersejarah bercirikan seni bina Roman ini dibuka pada tahun 1886 oleh Jesse Driskill dan menjadi tempat pertemuan ramai selebriti serta ahli politik terkemuka sejak itu.

Hotel ini juga turut terkenal dengan aktiviti paranormal sejak kematian beberapa orang pengunjung, termasuklah pasangan pengantin yang membunuh diri di sana. Dua orang wanita turut membunuh diri mereka di bilik yang sama selang dua puluh tahun selepas itu.

Restoran One if by Land, Two if by Sea, New York City

Foto: Hak milik One if by Land, Two if by Sea

Restoran di West Village ini sering dinilai restoran yang paling romantik di New York. Dahulunya, restoran ini merupakan rumah gerabak (coach house) Aaron Burr.

Loading...

Ianya dikatakan didami lebih 20 hantu, termasuklah Aaron dan anaknya, Theodosia.

Rumah Kehoe House, Savannah, Georgia

Foto: Charles Cook/Getty Images

Rumah agam ini siap dibina pada bulan Mei 1892 dan didiami oleh William dan Anne Kehoe berserta sepuluh orang anak mereka yang mana beberapa daripadanya meninggal dunia di sini.

Bangunan ini dibangunkan menjadi bangunan komersial pada tahun 1992 dan dikatakan para pengunjung boleh mendengar suara kanak-kanak sedang bermain.

Istana Edinburgh, Scotland

Foto Hak milik Edinburgh Castle

Kubu kurun ke-12 ini dahulunya digunakan sebagai pangkalan tentera yang aktif selama beberapa tahun.

Sekiranya dinding kubu ini boleh bercakap, ianya akan menceritakan banyak kisah seram, termasuklah tentang seorang peniup begpaip yang memasuki terowong bangunan ini dan tidak pernah dilihat selepas itu.

Sehingga ke hari ini, pengunjung melaporkan terdengar bunyi muzik dari bangunan terbengkalai itu.

Rumah Misteri Winchester, San Jose, California

Foto: © Winchester Mystery House

Selepas kematian suaminya yang merupakan usahawan senjata api terunggul, Sarah Winchester mengarahkan pembinaan jalan yang berselirat untuk menghalau roh mangsa yang terkorban akibat daripada senjata api yang dicipta suaminya, William Wirt Winchester.

Rumah agam empat tingkat ini mempunyai 160 buah bilik, 10 000 kaca tingkap, dan 47 tangga, semuanya dibina menggunakan elemen yang pelik seperti tangga yang menghala terus ke siling dan tingkap yang membawa ke laluan rahsia.

Pulau Poveglia, Venice, Itali

Foto: Aldo Pavan/Alamy

Pulau Poveglia menyimpan sisa kemerosotan rumah sakit mental pada awal abad ke-20.

Pada asalnya, bangunan ini digunakan sebagai zon kuarantin bagi pesakit wabak bubonik. Ianya dikatakan menjadi makmal di mana eksperimen kejam dilakukan. Rumah orang gila ini ditutup selepas seorang doktor terjun dari menara tertinggi bangunan ini.

Istana Château de Brissac, Brissac-Quincé, France

Foto Hak milik the Château de Brissac

Château de Brissac terkenal sebagai tempat di mana Charlotte of France dibunuh dengan kejam.

Menurut lagenda, Charlotte yang merupakan anak luar nikah Raja Charles VII, dibunuh oleh suaminya setelah dia didapati berlaku curang.

Charlotte juga dikenali sebagai the Green Lady sempena warna baju yang dipakainya sewaktu dia dibunuh.

Charlotte dikatakan menghantui menara istana ini.

Rumah Penginapan Ancient Ram Inn, Wotton-under-Edge, England

Foto: Nick Turner/Alamy

Rumah penginapan Ancient Ram ini dikatakan didiami roh yang banyak sekali. Dibina di atas tapak perkuburan masyarakat pagan abad ke-12, ianya dihantui lebih 20 pengunjung paranormal, menurut kepercayaan masyarakat di sana.

Dengan hantu yang banyak berkeliaran di sana, para pengunjung dikatakan pernah melompat keluar dari tingkap untuk melarikan diri.

Rumah Agam Hay House, Macon, Georgia

Juga dikenali sebagai Palace of the South, rumah agam abad ke-19 ini dibiayai oleh usahawan bernama William Butler Johnston.

Foto: Richard Ellis/Alamy

Rumah ini kini dibuka untuk kunjungan orang ramai dan ada pengunjung yang melaporkan bahawa mereka melihat roh yang berkeliaran di tingkat tiga bangunan ini.

Hotel Fairmont Banff Springs, Calgary, Alberta

Foto Hak milik the Fairmont Banff Springs

Ikon kepada hotel stesen kereta api bersejarah di Kanada, hotel Fairmont Banf Springs ini telah dikaitkan dengan aktiviti paranormal sejak pembinaannya pada tahun 1888 lagi.

Satu kisah popular di sebalik bangunan ini adalah tentang seorang bakal pengantin perempuan yang terkorban ketika sedang menuruni tangga yang diterangi cahaya lilin.

Hantu bakal pengantin itu dikatakan masih ada di dewan tari menari hotel itu, menantikan tarian pertamanya.

Hotel Stanley, Estes Park, Colorado

Foto Hak milik The Stanley Hotel

Tempat percutian neo-Georgian ini terkenal sebagai tempat yang memberikan inspirasi kepada Stephen King untuk menulis novel The Shining.

Kakitangan hotel ini mendakwa ianya hanya dikunjungi hantu baik dan setiap bilik mempunyai cerita hantunya yang tersendiri. Misalnya, Bilik 217 dikatakan diduduki hantu pembantu rumah yang akan “mengemas pakaian tetamu sewaktu perhatian mereka teralih.”

 

Sumber: architecturaldigest.com melalui Era Baru

Loading...
Shares