10 Perangai Si Kecil Yang Sebenarnya Baik Untuk Mereka

Ibu bapa perlu ambil masa untuk memerhati dan mengenali kelakuan anak-anak. Ia penting untuk anda membantu mereka supaya membesar sebagai anak yang lebih cemerlang di masa depan.

Berikut adalah beberapa tingkah laku biasa yang dimiliki oleh kanak-kanak lingkungan usia tersebut. Mungkin kelihatan sedikit ‘annoying’ tetapi ada manfaatnya.

Suka buat sepah

Tingkah laku menyepah bukan terhad kepada permainannya sendiri tetapi juga barang-barang rumah seperti mangkuk, sudu, cawan plastik di dapur, tudung ibu, sapu tangan atau pakaiannya sendiri dan bermacam lagi. Itu sebenarnya petunjuk yang anak anda seorang yang kreatif ketika bermain. Otaknya kreatif berfikir di luar kotak. Mungkin dia bosan dengan mainan yang sama, jadi dia membuat mainan sendiri menggunakan barangan di persekitarannya.

Suka berlari dan melompat

Itu bermakna anak anda seorang yang aktif dan ceria. Ada banyak perkara di sekelilingnya yang hendak diterokai. Bawalah anak buat aktiviti di padang yang luas supaya dia bebas meneroka dengan berlari dan melompat dalam persekitaran yang selamat.

Tak boleh duduk diam

Mungkin anda boleh bagi dia buat aktiviti seperti melukis, mewarna, bermain lego untuk membolehkan dia duduk diam seketika.

Biasanya ini berlaku di kalangan anak lelaki. Tingkah laku ini dipengaruhi oleh hasil kekerapan mereka menonton rancangan kartun yang banyak aksi berlawan dan bergaduh. Cuba pantau apa yang mereka tonton dan mungkin perlu kurangkan kekerapannya. Sebaliknya salurkan keaktifan dan minat mereka berlawan dengan menyertai aktiviti taekwando dan sebagainya.

Menconteng dinding rumah

Puas membebel dan melarang tetapi anak tetap suka membuat hasil karyanya di dinding rumah. Siapa tak angin tapi jangan larang minat dan kreativitinya. Sebaliknya korbankan sedikit ruang dinding rumah anda sebagai tempat khas untuk anak menconteng apa sahaja. Anda boleh menjadi kreatif dalam soal mengubahsuai dekorasi kediaman.

Loading...

Suka tanya banyak soalan

Jangan cepat marah, itu tandanya otak anak anda sedang ligat berfikir. Banyak bertanya soalan bermaksud mereka sedang belajar banyak perkara.

Suka bercakap sendiri

Jangan cepat panik dan anggap anak anda bercakap dengan makhluk halus. Sebenarnya itu adalah tingkah laku kanak-kanak normal. Mereka sedang berimaginasi dalam dunia sendiri. Imaginasi membantu kanak-kanak menjadi seorang yang kreatif dan inovatif.

Bercakap pelat

Elakkan daripada mentertawakan anak yang bercakap pelat nanti dia ingatkan itu perkara yang lucu. Layan percakapannya tetapi dalam masa yang sama betulkan kesilapan perkataan pelat yang diucapkan.

Mungkin dia pernah melalui pengalaman ditinggalkan oleh anda (pergi kerja) tanpa memberitahunya. Jadi, anak takut akan ditinggalkan lagi membuatkan dia tak mahu berenggang dengan anda. Cuba tenangkan anak dan selalu beritahunya ke mana anda pergi. Lama-kelamaan dia akan faham dan tidaklah asyik hendak ‘melekat’ sahaja.

Kuat menangis

Cuba luangkan lebih masa dengan anak dan layan segala kemahuannya bermain bersama. Dalam masa yang sama pujuk dan beritahu anak supaya jangan suka menangis kerana ibu/ayah sentiasa ada bersamanya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

 

sumber ; petuaibu via SoyaLemon

Loading...
Shares